My STORY
Masih ramai di luar sana tidak mengetahui wujudnya lampin palai buang (diapers) yang MURAH dan BERKUALITI selain terdapat di pasaran.Saya bermula sebagai pengguna, masa tu anak no 2 (aish) lahir 1 April 2003. Saya start kenal MAMAN. Selesa dan amat menjimatkan. Masa aish umur 9 bulan dia dah kena pakai saiz XL. Memang parah kalau beli jenama di pasaran sebab cuma 60 keping lepas tu nipis, kalau nak pakai malam kena beli jenama yang lebih mahal.
Oleh kerana anak sendiri guna dan masa tu susah nak dapatkan stok, kami berubah dari pengguna jadi dealer (penjual). Dealer kena beli dengan quantity yang banyak dan mula memperkenalkan pada kawan-kawan.
Memang susah nak buat orang percaya terutama kawan sendiri. Pada mereka lampin yang tidak ada jenama dan tidak di dalam pek yang cantik tidak ada quality. So dari approach kawan-kawan yang tidak memberi good respond saya berpindah kepada perniagaan melalui internet.
Pada tahun 2005 saya cuba pasarkan diapers ini secara serius melalui internet. Dan memilih forum wanitamelayu sebagai media pengiklanan. Alhamdullilah setiap yang baik dapat dikongsi bersama pengguna. Pelbagai jenama telah menjadi bahan percubaan. Yang tetap terbaik dan mendapat sambutan sahaja saya kekal dan terus jual.
Kini setelah hampir 5 tahun berada di internet memasarkan diaper ini, saya tetap tidak jemu untuk berkongsi kebaikkan dan penjimatan yang boleh kita buat untuk keluarga.

aish semasa umur 9 bulan (Nov 2003)

aish 6 tahun (bergambar masa bulan Mac 09)




