Skip Navigation


Testimoni JusMateDiet5

TESTIMONI 1:

DAHULU:

Photobucket Photobucket

KINI

Photobucket

Mazliwati Md Shah (31 tahun)
-pesakit yg menjalani prog diet bersama Dr Rozmey

Dahulu ukur lilit pinggangnya 75 inci, sekarang sudah slim banyak, sudah tinggal 46 inci sahaja. Begitu juga dengan beratnya dari 208kg sekarang tinggal 108kg dan Bai dalam proses hendak menguruskan badannya lagi.

Waktu gemuk dahulu, bukan saja Bai susah nak jalan, dunianya hanya di atas sofa saja. Makan dan minumnya juga di situ. Nak basuh punggung sendiripun,maknya Nor Chik Talib, 58 yang lakukan. "Macam basuh punggung anakgajah..." kata Cik Nor lagi. Tapi disebabkan anak, Cik Nor lakukan dengan sesungguh hatinya. Hari ini, Cik Nor cukup bersyukur kerana semua penderitaan yang anaknya tanggung sudah berakhir.

Dahulu masa kecil, Bai cukup comel. Kulitnya putih melepak. Bila meningkat dewasa badannya masih "maintain". Mungkin sudah tersurat, Bai akhirnya menghadapi Abdominal Cellulitis atau selulit pada perut dan Habbit Obesityatau kegemukan habit sejak 2004. Peliknya kata Bai berat badannya akan bertambah naik kalau dia tak makan. Hendak kata, dia makan terlalu banyaksangat mustahil tetapi dah suratan begini, Bai terpaksa terima. Dek kerana perutnya terlalu besar, timbul urat-urat sebesar jari ******king di atas perutnya. Siapa yang tengok, pasti sedih.
Jelas Bai lagi, kulit kakinya menjadi kehitaman dan kelihatan hodoh, seakan-akan kaki gajah. Tetapi sekarang, bila Bai dah cantik, struktur kulitnya juga dah berubah, lebih mulus.

Jelas Bai, ketika mula-mula mendapat rawatan di salah sebuah hospital di Sg Buloh, dari 208kg beratnya turun kepada 178kg sahaja. Bai menjalani pembedahan di HUKM iaitu laparoscopic gastric bypass bagi mengikat perutnya (usus makannya dipendekkan), berat Bai turun 158kg, turun sebanyak 20kg sahaja. Kata Bai, dia tidak pernah sedut lemak malah belum pun melakukannya lagi.

Apa rahsia Bai Kurus?

Hah! Inilah pengakhiran cerita paling menarik. Semua orang tentu nak tahu bagaimana Bai dahulunya terlalu gemuk, boleh turun sebanyak 100kg. Sebelum itu, bagi sesiapa yang nak cuba cara seperti Bai mesti tahan cubaan. Cubaan dari tidak mengadap makanan. Di HUKM, rutim makan Bai seperti berikut : Pagi, roti campur salad. Tengahari pula, sup sayur rebus (kosong sekosongnya termasuk tidak ada garam langsung) dan petang pula mihun sup campur sayur kosong sesenduk. Hah, jangan ingat semangkuk mihun sebaliknya dua sudu makan saja. Kalau ada yang sanggup, bolehlah ikut cara Bai di hospital.

Selama 72 hari di HUKM, berat Bai hanya turun 20kg saja. Selebihnya Bai mengamalkan JUS DIET MATE 5 formulasi dari seorang doktor dari utara. Baru 3 bulan makan, berat Bai dah turun 50kg. Memang menakjubkan
....

PETIKAN MINGGUAN WANITA


*************************************************************


TESTIMONI 2:

Photobucket

Setelah melahirkan anak bongsu saya semenjak 7 tahun lepas. Saya gagal dalam usaha menurunkan berat badan saya.Berbagai produk dan cara saya cuba , namun saya tetap kecewa. JDM5 diperkenalkan oleh Dr. Rozmey pada saya dan ternyata ia satu formula yang ajaib! Saya mampu memiliki berat idaman saya .bagai tak percaya saya mampu turun 21 kg hanya dalam 14 minngu. Kini saya hanya amal JDM5 sekali dalam 2 minggu dan berat saya tetap tidak naik semula. Kini saya aktif menjual JDM5 dan pendapatan bulanan dengan menjual JDM5 melebihi RM 2000. Saya sudah mengalaminya, anda disana jangan lepaskan peluang keemasan ini. Cubalah JDM5 sekarang anda pasti teruja !!!


TESTIMONI 3:

Photobucket

PN.NOOR
Saya mengunakan JDM5 ciptaan Dr.Rozmey. Ternyata ia amat berkesan, hanya dalam 10 minggu saya miliki badan yang saya idami


TESTIMONI 4:

Photobucket

INGIN MEMBANTU: Dr Che Rozmey mengukur pinggang
Suzana menggunakan tali rafia di rumahnya di Taman Sri Putra, Kuala Kedah.

ALOR STAR: Suzana Md Noor, yang mempunyai berat badan 230 kilogram (kg) mengambil keputusan untuk berkurung di dalam rumahnya di Taman Sri Putra, Kuala Kedah, dekat sini, sejak 2004 kerana malu.

Suzana, 30, berkata dia juga tidak boleh berjalan kerana sakit kaki akibat badan yang terlalu berat menyebabkan dunianya hanya di dalam rumah setiap hari.

Dia juga terpaksa melupakan hasrat untuk membantu ibunya, Saadiah Murad, 47, menjual kuih di pekan Kuala Kedah setiap hari dengan pendapatan sekitar RM10 sehari.

Suzana kini hampir berputus asa untuk berusaha menurunkan berat badannya apabila pelbagai usaha, termasuk membeli produk pelangsing badan sehingga sudah mencecah RM10,000 sejak lebih 20 tahun lalu, tidak berhasil.

"Ibu berusaha menyimpan wang untuk membantu membeli produk pelangsing badan, tetapi akhirnya saya tidak dapat membantu ibu," katanya ketika ditemui di rumahnya.

Bapanya sudah hampir tujuh tahun meninggal dunia, manakala dua adik lelakinya masing-masing sudah bekerja dan tinggal berasingan. Suzana tidak dapat bekerja hanya bergantung kepada dua adik lelakinya untuk menghantar wang setiap bulan.

Suzana berkata, sejak lima tahun lalu, dia hanya duduk di atas kerusi di ruang tamu rumah kerana tidak dapat berjalan dan hanya bergerak ke bilik air untuk mandi.

"Seumur hidup, saya tidak pernah memakai seluar atau kemeja-T seperti orang lain. Saya hanya berbaju kurung, walaupun di rumah selain terpaksa menggunakan enam meter kain untuk membuat sepasang baju kurung," katanya.

Dia yang memiliki ukur lilit pinggang kira-kira 160 sentimeter itu turut mengalami penyakit selulit yang kronik menyebabkan kaki kirinya bernanah.

"Ketika bersekolah, berat saya hanya 150kg, tetapi ia semakin naik sehingga hari ini iaitu 230kg menyebabkan saya tidak larat untuk bergerak terlalu banyak," katanya.

Suzana berkata, dia juga tidak berdaya bersenam kerana sukar bergerak.
Katanya, dia pernah beberapa kali cuba menimbang berat badan, tetapi alat penimbang yang dibelinya kerap patah menyebabkan dia sedih.

Kata Suzana, dia juga sukar untuk ke hospital mendapatkan pemeriksaan kerana tidak berdaya untuk berjalan jauh ke stesen bas yang terletak kira-kira 50 meter dari rumahnya selain sukar untuk masuk dalam kereta.

"Saya menghubungi Pakar Pusat Perubatan Jitra dan Penyelidik Obesiti, Dr Che Rozmey Che Din untuk membantu mengatasi masalah saya alami dan berharap dapat mencapai impian itu," katanya.

Sementara itu, Dr Che Rozmey menyampaikan sumbangan produk pelangsingan badannya untuk membantu Suzana mendapatkan berat badan yang diimpikannya sebelum ini.

Beliau berkata, kegemukan yang dialami Suzana berkemungkinan akibat keturunan dan beliau menjangkakan berat badan Suzana boleh turun antara 20kg hingga 30kg sebulan dengan diet yang diberinya itu.

PETIKAN BERITA HARIAN

BERITA TERKINI:

Suzana dah turun 10 kg - dalam masa 14 hari...
Ini sms dari dr Rozmey semalam....22/2/2008


********************************************************


Photobucket

KELUAR: Suzana bersiar-siar di halaman rumahnya sambil ditemani Dr Rozmey setelah terperap selama lima tahun di dalam rumah.

Berat badan susut 40kg selepas ikuti program diet seimbang Dr Che Rozmey
KUALA KEDAH: Suzana Md Noor, 30, yang pernah memiliki berat badan mencecah 230 kilogram (kg) dan hanya berkurung di rumah sejak lima tahun lalu kini mula keluar rumah selain mampu berdiri berbanding dulu.

Sejak berat badannya susut 40kg dalam masa 40 hari, beliau bertambah yakin meneruskan diet seimbang seperti yang disarankan Penyelidik Obesiti dan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Pusat Perubatan Jitra, Dr Che Rozmey Che Din.
Beliau yang kini memiliki berat badan 190 kg mahu melupakan kenangan pahit memiliki tubuh besar sejak di bangku sekolah lagi.

"Sejak dulu, saya gagal menurunkan berat badan walaupun sudah mencuba pelbagai produk pelangsing badan di pasaran membuatkan saya hampir putus asa disebabkan berat badan yang semakin bertambah.

"Bagaimanapun, sejak menggunakan produk Dr Rozmey, impian untuk kurus semakin cerah kerana tidak perlu melakukan pembedahan, senaman atau suntikan dan yang penting adalah sabar," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Seri Putra, dekat sini, semalam.

Suzana berkata, walaupun sudah mampu keluar rumah, namun masih takut pergi jauh kerana bimbang perubahan dirinya selain mahu membiasakan diri terlebih dulu.

Beliau juga serik memiliki tubuh besar seperti dulu dan disebabkan itu terpaksa mengurangkan makan nasi serta lauk selain minum banyak air suam setiap hari.

"Ibu banyak membantu dan memberi sokongan dan saya gembira dengan perubahan ini. Saya juga takut untuk makan banyak seperti dulu kerana bimbang gemuk semula. Saya berazam mengurangkan berat badan bawah 100 kg kerana mahu bergaya seperti orang lain," katanya.

Katanya, beliau kini sudah mampu menggunakan lima meter kain untuk dibuat baju kurung berbanding sebelum ini iaitu enam meter.

Beliau berkata, ukuran lilitan pinggangnya pula kini mencecah 152 sentimeter (cm) berbanding 160 cm bulan lalu.

"Sebelum ini, saya tidak datang haid hampir lima tahun dan ia amat membimbangkan. Sebagai wanita saya bimbang apa yang akan berlaku jika berkahwin kelak.

"Bagaimanapun, segala-galanya berubah apabila saya datang haid seperti orang lain dan saya bertambah yakin dengan diri saya," katanya.

Ibunya, Saadiah Morad, 47, berkata, anak perempuan sulung tiga beradik itu turut membantunya membuat kuih setiap hari sebelum keluar berniaga setiap hari.

Katanya, sebelum ini sudah lebih RM10,000 dihabiskan untuk membeli produk pelangsing badan untuk Suzana menggunakan wang simpanan hasil jualan kuih tetapi gagal.

"Dia bertambah yakin dengan dirinya sehinggakan turut menambah pendapatan menjual produk Jus Diet Mate 5 ini untuk mencari wang saku untuk membantu menyara keluarga memandangkan dua adiknya tinggal berjauhan dari kami," katanya.